SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

PENGUMUMAN

PENGUMUMAN

Monday 31 March 2014

MAJLIS ALUMNI SK SERI AMAN KALI 1

Alumni ini telah ditubuhkan pada 22 Disember 2013 setelah perbincangan di antara AJK PIBG dan pihak pentadbiran SK Seri Aman. Majlis Alumni ini kini di pengerusikan oleh Encik Sabtu bin Haji Rohani. Melalui penubuhan Alumni ini diharapkan ianya dapat membantu pihak pengurusan sekolah dalam melaksanakan pelbagai aktiviti dan program bagi membangunkan sekolah ke arah kecemerlangan. Di samping itu dengan penubuhan Alumni ini diharap dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara bekas pelajar dan warga sekolah.

Aktiviti pertama yang telah dilaksanakan oleh Majlis Alumni ialah Majlis Perasmian Alumni. Majlis perasmian ini telah diadakan pada :

Tarikh :28 Mac 2014
Hari : Jumaat
Tempat : Dataran SK Seri Aman
Masa : 8.00 p.m.

Majlis Alumni telah dirasmikan oleh Dato' Haji Supaat bin Haji Tumin iaitu Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan).

Gambar-gambar disepanjang majlis berlangsung.




































































TAHNIAH

TAHNIAH