SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

PENGUMUMAN

PENGUMUMAN

Sunday 29 April 2012

Aluan Guru Besar

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum wrt wbt

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn Rozita binti Hj Paiman serta jawatankuasanya yang terlibat dalam membangunkan laman web SK Seri Aman, Sri Gading, Batu Pahat. Dengan adanya laman web ini diharapkan dapat memberi sedikit informasi berkaitan sekolah ini kepada semua pengunjung di samping dapat meningkatkan keberkesanan komunikasi antara murid, guru, staf sokongan, ibu bapa, bekas pelajar, masyarakat umum, Pejabat Pelajaran dan Kementerian Pelajaran.

Pengunjung juga dapat maklumat terkini berkaitan perkembangan sekolah seperti aktiviti murid, program-program sekolah, PIBG, badan kebajikan guru dan takwim sepanjang tahun. Kepada semua pengunjung saya mengucapkan selamat datang.

Jadikanlah web ini sebagai wadah untuk kita berkongsi maklumat. Saya mengalu-alukan cadangan, idea dan komen untuk tujuan penambahbaikan dari semua pengunjung. Saya yakin dan penuh percaya dengan kerjasama padu dari semua warga sekolah dapat melaksanakan semua program yang dirancang dan seterusnya impian kami untuk menjadi sekolah terbaik dalam daerah Batu Pahat dapat dicapai menjelang tahun 2015..

Encik Aseri bin Kassan
Guru Besar,

TAHNIAH

TAHNIAH