SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

PENGUMUMAN

PENGUMUMAN

Tuesday 9 April 2013

MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHD ALIM B. SIRAJ

Hari  : Isnin
Tarikh : 8 April 2013

Pada tanggal 8 April 2013, sebuah majlis telah diadakan untuk meraikan mantan Guru Besar, Tuan Haji Mohd Alim bin Siraj yang akan bersara pada 13 April 2013. 

Pada jam 10.30 pagi, majlis dimulakan dengan solat hajat beramai-ramai di surau SKSA. Seterusnya majlis makan dan meraikan Tuan Guru Besar dijalankan di kantin SKSA. Majlis yang dipengerusikan olehPuan Hasmah bt Abdullah ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Hisyam b Zakaria untuk memberkati majlis.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh Pen. Kanan Pentadbiran, Puan Hjjah Kamsinah bt Sujak. Dalam ucapan tersebut, segala jasa dan usaha mantan Guru Besar telah disentuh. Seterusnya, En. R. Azman NYDP PIBG telah memberikan ucapan sebagai wakil dari pihak ibu bapa SKSA. 

Kehadiran tetamu-tetamu jemputan juga telah menyerikan majlis pada hari tersebut. Pegawai PPD Batu Pahat, En. Roseli bin Kamri turut menyampaikan ucapan. Beliau turut diiringi oleh En. Harom bin Haji Ehsan.  

Akhir sekali, mantan Guru Besar dijemput untuk menyampaikan ucapan. Jelas kelihatan kesedihan di raut wajah beliau ketika beliau ingin menyampaikan ucapan. Walaupun hanya 1 tahun 9 bulan mentadbir SKSA tetapi pelbagai perkara telah dijalankan untuk kebaikan warga sekolah.

Acara diakhiri dengan penyampaian hadiah dan jamuan tengah hari. Secara keseluruhannya, majlis berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

Paparan gambar unutk tatapan umum.






































































TAHNIAH

TAHNIAH