SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

PENGUMUMAN

PENGUMUMAN

Monday, 13 August 2012

KELAS KOMPUTER

Unit ICT, telah menjalankan kelas komputer bermula dari bulan Februari hingga bulan September. Kelas ini dikhususkan untuk pelajar tahun 5 memandangkan kemudahan komputer yang tidak mencukupi. Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan 1 yang akan menjalani kelas pada hari Selasa, manakala kumpulan 2 menjalani kelas pada hari Khamis ( kini telah berjalan pada hari Rabu disepanjang bulan Ramadhan). 23 orang pelajar terlibat dalam aktiviti kelas komputer tersebut. Setiap pelajar dikenakan bayaran sebanyak RM10 setiap bulan.

Berikut beberapa keping gambar sepanjang kelas komputer dilaksanakan:



























SEJARAH SEKOLAH




SEJARAH SEKOLAH
Mengikut sejarahnya, luas tapak sekolah ialah 2A, 3R, 35P daripada jumlah itu 2A, OR,OP telah diwakafkan oleh Tuan Haji Mansor bin Haji Nor dan bakinya OA, 3R, 35P telah diwakafkan oleh Puan Hajjah Paijah binti haji Siraj.
Pengasas sekolah ini diketuai oleh Tuan Haji Mansor bin Haji Nor sebagai ketua Kampung Bahru, Mukim Sri Gading, Batu Pahat dengan gotong-royong penduduk kampung. Sumbangan juga diterima dalam bentuk wang dan tenaga.
Nama asal sekolah ini menurut kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Sekolah, nama Sekolah Kebangsaan Seri Aman telah diberi oleh Tuan Syed Esa bin Alwee (Nazir Sekolah Melayu batu Pahat) kerana mengambil sempena “BAIK DAN AMAN” mengambarkan keadaan penduduk Kampung Bahru yang hidup bermuafakat, bekerjasama dan bergotong-royong untuk mendirikan sekolah dengan menderma wang dan tenaga kerja di samping bantuan wang kerajaan.
Berikut beberapa gambar-gambar kenangan untuk tatapan:
Perasmian SK Seri Aman pada 11.04.1955










Tuesday, 7 August 2012

GURU PRAKTIKUM

23 Julai 2012 (Isnin) SK Seri Aman telah menerima dua orang guru praktikum dari IPG Batu Pahat. Di sini mereka akan menyumbangkan tenaga mereka dalam mata pelajaran Reka Bentuk Teknologi yang dulu dipanggil sebagai Kemahiran Hidup. Cikgu Nozaliza bt Noh merupakan guru pembimbing sepanjang latihan mereka di sini.

Muhamad Hamka bin Selamat  dan Muhamad Nasyrul Syahmi Shahrom, sama segak berdiri di hadapan bilik Kemahiran Hidup SK Seri Aman.

Monday, 6 August 2012

TADARUS AL-QURAN

Sepanjang bulan puasa aktiviti Tadarus Al-Quran dijalankan bagi memenuhi masa senggang murid-murid dengan perkara-perkara yang berfaedah. Aktiviti ini dijalankan di dalam kelas semasa waktu rehat dengan bimbingan guru-guru yang dipertanggungjawabkan.

Antara rakaman peristiwa yang dapat diambil semasa aktiviti Tadarus Al-Quran dijalankan :













TAHNIAH

TAHNIAH