SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

PENGUMUMAN

PENGUMUMAN

Sunday 15 September 2013

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Perkhemahan Unit Beruniform SK Seri Aman telah berlangsung dari 13 hingga 14 Sept 2013. Pengakap, Bulan Sabit Merah, Puteri Islam dan Kadet Remaja Sekolah  telah berjaya merealisasikan objektif perkhemahan. Kem Komandan, Encik Rosaddie dan Encik Mohd Salleh telah dibantu oleh 12 orang fasilitator yang juga terdiri daripada guru-guru praktikum. 

Antara objektif perkhemahan pada kali ini adalah untuk mencungkil bakat kepimpinan pelajar, melatih sikap bertanggungjawab dan menanam sikap kekeluargaan serta kerjasama dalam ahli kumpulan. Selain itu, perkhemahan pada kali ini berhasrat untuk membentuk ketahanan fizikal dan mental para kadet agar mempunyai sikap berdaya saing dalam menempuh pelbagai cabaran kehidupan. Setiap pasukan juga terlibat dalam pelbagai aktiviti yang berbentuk pertandingan seperti kawad kaki, dan persembahan. Tuan Haji Morshid selaku GPK Kokurikulum berharap para kadet dapat menimba pelbagai pengalaman melalui kepelbagaian aktiviti yang disediakan sepanjang perkhemahan pada kali ini.

Perkhemahan pada kali ini berjaya menobatkan Pasukan Bulan Sabit Merah sebagai pasukan terbaik dan Kadet Mohd Imaddudin Ilman sebagai kadet terbaik.

Gambar sepanjang aktiviti :



































TAHNIAH

TAHNIAH