SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

PENGUMUMAN

PENGUMUMAN

Monday 12 May 2014

PROGRAM PENCEGAHAN KEBAKARAN 2014

TARIKH : 10 MEI 2014
HARI : SABTU
TEMPAT : DATARAN SKSA DAN PADANG SKSA

Program kali ini dilaksanakan dengan kerjasama daripada pihak bomba dan penyelamat. Objektif program ini ialah untuk mendedahkan pada pelajar tentang bahayanya kebakaran dan langkah-langkah yang perlu diambil ketika berlakunya kebakaran. Di samping itu ianya dapat menyemai sikap tanggungjawab melindungi diri sendiri, keluarga dan masyarakat semasa kes kebakaran berlaku. Dengan itu dapat membentuk pelajar yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap persekitaran mereka. 

Program ini telah dimulakan dengan ceramah yang telah disampaikan oleh wakil daripada pihak bomba dan penyelamat. Seterusanya murid-murid beratur ke padang untuk melihat sesi demontrasi memadamkan kebakaran. Wakil daripada guru dan murid telah dipilih untuk melakukan demontrasi tersebut. Program diakhiri dengan sesi lawatan ke kenderaan bomba. Murid-murid dan guru-guru berpeluang melihat sendiri kenderaan bomba yang telah dilengkapkan dengan pelbagai alatan kebakaran dan penyelamat.

Program telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Berikut adalah gambar-gambar sepanjang aktiviti berjalan.

                                     














 




























































































TAHNIAH

TAHNIAH